Wednesday, 5 January 2011

KVKV Chopstick

Berikut adalah kad suku kata KV. Suku kata KV telah dicetak pada kertas warna dan dilekatkan pada chopstick. Apabila pelajaran KV diajar, kad suku kata ini boleh digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Pelajaran boleh dijalankan secara permainan. Setiap murid boleh diberikan beberapa kad suku kata dan diminta untuk berdiri dalam bulatan atau duduk dalam satu bulatan. Kemudian guru boleh menyebut atau membunyikan salah satu suku kata dan minta murid yang mempunyai suku kata tersebut untuk angkat kad tersebut dan tunjukkan pada semua murid lain. Jika murid telah menguasai kemahiran mengeja dan membunyikan suku kata KV, guru boleh minta murid untuk membina perkataan KVKV dari kad suku kata tersebut.

Kad suku kata KV yang dilekatkan pada chopstick
Murid-murid sedang menunjukkan kad suku kata
Perkataan KVKV yang boleh dibina dengan menggunakan kad suku kata tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.